table> widgets

Wednesday, May 23, 2012

Salah aku. Kau?

Assalamualaikum wbt.

Hi guys. Hows today? Aku alhamdulillah. Eh tau tak, konfem la tak tau kan. Semalam aku pegi tesco tau. Saje la kan nak bagi tau. Hahaa. Window shopping here and there. Makan. Then singgah kat kedai kasut sebab mama nak beli kasut. Wait. Of kos la pegi kedai kasut nak beli kasut. Tak kan nak beli baju. Realistic please. Apa la aku ni kan kan. Tapi bukan kasut yang aku ingin kisahkan. Lebih kepada penemuan seorang insan yang membuatkan semua orang akan tengok dia berkali-kali. Bukan dia qetis pon. Tapi attractionnya terhadap umum terlampau kuat. Kalah Ratu Cantik Dunia baq ang. Can i say MAK NYAH? Or PONDAN? Entah la. Aku pon tak tau na describe macam mana. Yang pasti he is not a pure woman. Body kemain. Lawa. Kalah pompuan melayu asli. Kelas kau jah. Hahaha.

Benda tu sekarang da maken jadik trend. Laki ke pompuan. Pompuan ke laki. Bukan tak ada yang cuba untuk overcome benda neh. Tapi makin dicantas, maken tumbuh dengan subur la pulak. *cewahh* Hee. Sebagai Muslim, we can make doa as our weapon. Doakan agar Allah lembutkan hati depa agar kembali ke pangkal jalan. Selagi belum mati, masih ada masa untuk berubah ke arah kebaikan =). Aku pon tak cakap aku baik. Aku sedar. Aku pon masih banyak lagi yang nak kena perbaiki. Terlalu banyak lagi. Pelis do pray for me too okayy. Thanks. Hee.

Bila bercakap tentang kesilapan, kesalahan, dua perkataan yang tak sama ejaan tapi masih membawa makna yang sama. Sila akui yang tiada manusia yang sempurna. Secara fizikal nampak hebat tapi internally? Tak ada yang tahu kan. Silamnya macam mana. Mungkin berdasarkan pengalaman lalu menjadikan dia seorang yang tampak sempurna sekarang. Berdasarkan pengalaman lalu ye. Maknanya dulu dia penah je buat silap. Dan daripada silap tu banyak mengajar dia sekarang. Nampak tak?


"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai."


See. Tak bermakna waktu sekolah dulu kau bodoh, bila dah besar pon bodoh jugak. Dan tak bermakna jugak sekarang kau genius, selamanya kau akan genius. Kawan aku cakap apa yang kita ada hari ini tidak mencerminkan kita pada masa hadapan. 


Mungkin dulu aku silap. Yes. Memang salah aku. Cepat sangat suka kat orang. Cepat cair. Demn betul. Masa tu aku baru form 4 kalau tak salah aku. Hormon gedik tengah kat peak time la katakan. Bila someone nak kenal u, what u feel at that time? Mestilah, omaiigod kan. Hahaa. Da hell betul. Memang la bab feelings ni, it will come without warn. Tapi bole je halang pakai kertas pasir. Mungkin taim tu, kertas pasir aku cukup tak berkualiti. Until aku terjebak jugak. Masa tu dunia macam ana yang punyalah kan.


Hehee..

Seronok kemain. Hahaa. Eh eh macam kau tak penah. Jangan tipu la. Aku tau. Kau pon penah kan. Mana tak seronok, bila kau asa stress studi, ada orang yang bagi kata-kata semangat kononya. Kehkeh. Caring pasal kau. Makan ke tak. Mandi ke belum. Da solat ke tak. Rasa macam he is the right one la. Tapi taim tu masa kami agak terbatas la. Sebab aku dok kat asrama penuh. Henpon is prohibited kat sana. *budak baik tak bawak fon* Hehee. 

So bila aku cuti ja, baru dapat mesej and kol. But u know what, kami memang tak penah jumpa. Never. Seriously. Aku memang budak hingusan lagi taim tu. Nak tapi takut. Kau gila tak takut. Mama ngan abah aku walaupon sporting je bab cegitu, tapi kalau sampai nak jumpa tu memang la tak bagi. Mak bapak ampa aku tak tau la kan.


Takut..=(

Nak dijadikan ceqita, ujung tahun taim aku form 4 tu, kiranya aku dah nak masuk form 5 la kan, aku rasa tersedar balik. Aku terpikir balik apa yang tengah aku buat selama ni. Rasa berdosa teramat. Pertama, aku dah berzina hati. Rindu sayang pada orang yang tak halal bagi aku. Kedua, aku dah permainkan perasaan orang. Aku bukan sayang betul pon. Memain je. Suka suka. Semua ni buat aku rasa macam Allah tak akan berkat hidup aku sampai bila-bila. Aku recap balik everything yang da aku buat. Aku mohon agar Allah dekatkan balik aku dengan Dia. Aku tak nak jauh lagi. Biaq aku hilang sayang manusia, daripada aku hilang kasih sayangNya. And praise to Allah, aku dapat laluinya denga jaya.

Time heal everything. And Im happy now. Hehee. Rasa lebih tenang. Im not alone okayy. Aku ada Dia, mama, abah and adik-adik aku. Pada aku cinta manusia tu memang tak kekal. Tak kekal pon. A few month after kami da putus, dia pon dah ada orang lain. Aku tak kesah. Tu jalan hidup dia.

Daripada pengalaman tu, aku mula menjauhkan diri dari insan yang berlainan dengan aku. Looks kolot kan. Tapi that is the bes way pada aku. Luar memang la aku nampak kasar, tapi hati aku terlalu lembut baq ang. Hahaa. Sapa yang tak kenal aku memang kata aku sombong la. Aiman tak kesah la. Lantak la ampa nak kata pa pon. Janji aku bahagia. Heheee.

Sila doakan kebahagian aku dunia akhirat okayy. thanks. =)



Monday, May 21, 2012

Malang memang tak berbau



Assalamualaikum wbt.


Cuti aku teramat panjang kini. Kahkah. Memang best la kan dapat cuti. Should i say heaven, huhh? Well, agak heaven la jugak. Tapi untuk sebulan yang pertama je la kan. Lepas tu aku dah rasa makin boring dan boring yang teramat. Nak keja, malas nak mampos. Tiap-tiap hari aku akan melalui rutin yang sama. Bangun, makan, pehtu tidoq balek. Tak payah nak mengata kat aku sangat la kan. Kau pon sama ngan aku jugak kan kan? Eleh tak nak mengaku.


Tapi dalam aku menjalani rutin hidup aku yang sama ni, nak dijadikan ceqita kat ampa smua, pagi isnin lepas, masa aku nak hantaq adik aku pi sekolah hakikatnya ayah aku yang bawak aku duduk kat belakang je, dengan tidak aku menduga tetiba there was a bOom sound dekat pintu belakang tempat adik aku yang keshik sekali tu duduk sambil mata terpejam. Adik aku memang macam tu. On the way nak pegi sekolah pon tak penah nak buang masa. The quantity of sleep tu amat dititikberatkan oleh dia. Hahaa. Back. Then adik aku terjaga dengan suddenly. Bukan sebab dia rasa hentakan ke hapa tapi bekal makanan dia jatuh atas kepala dia. Kehkeh. Ngeng gila. Tindakan mengejut ayah aku memberhentikan kereta secara tetiba lebih mengejutkan aku dan mama.


Masa tu aku rasa macam what the la kan. Aku dah la tengah mengantuk. Kau tau je la kan. Pukul berapa orang pegi sekolah. Punyalah awal aku kena bangun. Sebab takut jam. Mama lagi panik. You know what, mama ingat abah dah langgar student yang naik moto. Tapi bila keluar, tak dak moto pon yang terpelanting masok longkang. Student pon tak dak yang terbaring tepi keta tu malah bawah keta pon tak dak kot. Then what happen actually? Aku pon agak cuaks at that moment. Ye la kan. Bunyi crash tu agak kuat. So something worst might happen.


Secara tak aku duga, ada sorang laki keluar dari kereta belakang. Ingat nak tolong ke hapa. Tengok muka macam woww hensem gila. Hahaa. But wait. Dia pakai kain pelekat doe. Dengan muka baru bangun tido. Aku masa tu macam ooomaiigoood. Hahaaa. Tapi cute. The hell la kan aku masa tu. Hehee. Tweet tweet. Kenapa dia keluar dari keta dia? Kenapa muka dia agak tak heppy? Kenapa dan kenapa? Pelbagai soalan menerjah kepala hotak aku taim tu.


Pehtu baru aku tahu dia yang langgar kereta aku. Eh eh silap. Kereta ayah aku. Sampai jadik macam ni tau.




Sekadar hiasan

Tapi lebih kurang macam ni la.

Jadi korang yang bawak keta bawak la leklok ye. Jangan menyusahkan pemandu lain okayy. ;-)